​12 Tips Memikat Hati Isteri

Pastinya anda sudah cukup hebat di mata isteri anda. Kami senaraikan beberapa perkara kecil lagi yang anda mungkin terlepas pandang.

#1: Rakan yang baik

Sebab pasangan yang baik, juga adalah rakan yang baik.
#2: Kekasih

Sebab hanya kerana anda sudah berkahwin, tidak bermaksud anda perlu berhenti menjadi romantis. Bak kata orang, ‘Marriage is just the beginning of a romance’.

#3: Stylist

Tidaklah susah sangat. Hanya kata ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada pilihan baju yang isteri anda tunjukkan ketika bersiap. 

Tips: Jangan jawab dengan “Apa-apalah.” atau “Mana saya tahu.” Big mistake!
#4: Pendengar yang baik

Dengar sajalah apa apa yang isteri anda ingin katakan. Beliau boleh cerita pada orang lain, namun beliau mahu kongsikan dengan anda juga. Anggap saja anda insan terpilih.

#5: Pembersih

Isteri anda tidaklah punyai standard jangkaan yang tinggi untuk bab ini. 

Sidai balik tuala selepas mandi, masukkan baju kotor dalam bakul (dan bukannya biarkan berlingkar di atas lantai), lap jika anda ada tertumpahkan apa-apa, buang sampah dalam bakul sampah, bukannya atas lantai dan mungkin juga bersihkan sink selepas mencukur janggut anda. 

Isteri anda bukanlah pembantu rumah anda. Ini hanyalah minimal berbanding jangkaan yang anda ada terhadap insteri anda, bukan?
#6: Beri perhatian

Jika isteri anda tanya,”Abang perasan ‘something new’ tak kat saya?” Memanglah ada ‘something new’ pada isteri anda. 

Jika bukan rambut, baju. Jika bukan baju, make up. Jika semua pun bukan, minta ‘hint’. 

Jika masih salah, minta jawapan dan beritahunya, “Patutlah makin cantik.” Ringkas dan selamat. 

#7: Gagah

Anda tidak perlu segagah Superman atau sekaya Batman. Tqpi boleh Gagah dengan Sadoeman. Cukuplah dengan sifat melindungi dalam diri anda itu untuk buat isteri anda berasa seperti anda superhero peribadinya. Kadang kala, tunjuk sedikit sifat anda ini apabila perlu. Biar isteri anda berasa selamat dan tenteram.
#8: Bijak

Tidak semestinya anda perlu pintar di atas kertas ujian. Pintar yang dimaksudkan adalah, berfikir sebelum berkata-kata dan membuat keputusan. Ramai lelaki apabila marah bercakap tanpa memikirkan akibatnya. Jika marah bagaimanapun, anda tentunya tidak mahu melukakan hati pasangan anda bukan? Lagipun, marah adalah untuk mendidik, bukannya untuk mengungkit dan mencalarkan hati isteri anda, wanita yang anda sepatutnya belai dengan kasih sayang dan bukannya kata-kata nista. Jadi, sebelum berkata-kata, fikir dengan bijak
#9: Jujur

Tidak ada sebab anda perlu berbohong kepada isteri anda melainkan anda mahu membuat ‘surprise’ untuknya. Berlaku jujurlah kepada isteri anda. Jika anda rasa anda perlu menyembunyikan sesuatu daripada isteri anda, perkara yang anda perlu sembunyikan itu berkemungkinan salah, dan anda sendiri tahu, ia salah.

#10: Ingat tarikh penting

Ya. Anda mungkin sibuk dengan tugasan pejabat dan selalu ‘outstation’ Namun, sampai bila anda mahu menggunakan alasan ini? Cari penawar untuk alasan-alasan anda ini. Gunakan ‘smartphone’ anda. Buat satu ‘reminder’ seminggu sebelum tarikh asal untuk membuat perancangan awal dan satu lagi ‘reminder’ beberapa minit sebelum detik 12 malam tarikh penting anda. ‘Outstation’? Hantar bunga ke tempat kerja isteri anda pun sudah memadai. Jangan lupa telefon isteri anda juga. 
#11: Beragama

Anda memasuki ‘halal-hood’ bersama dengan tujuan untuk ke syurga juga bersama. Pimpinlah isteri anda ke arah itu. Jika anda berdua masih di peringkat permulaan dalam mendekati agama, pergilah melalui perjalanan ini bersama.

#12: Setia

Dari kasih sayang, lahir kesetiaan. Anda pernah dengar lagu Sam Smith, I’m Not The Only One? Anda selalu rasa isteri anda tidak mengetahui jika ada yang tidak kena dengan diri anda, but she knows! She always knows! Walaupun mungkin sekarang isteri anda tidak tahu, lambat laun, beliau akan tahu juga. Mana-mana insan yang teraniaya selalu ada deria keenam (sixth sense). Sebelum anda bercadang untuk curang, fikir masak-masak. Tiada siapa patut dibelot. Apatah lagi oleh suaminya sendiri.
Oleh Adilah Fatin
Info lengkap produk Sadoeman di link

SADOEMAN: 100% HERBA

Advertisements